Panduan Kepada Warga Baru
Seluruh warga Leeds ingin mengucapkan Selamat Datang dan mengalu-alukan rakan-rakan yang baru tiba di bumi England ini. Semoga dengan kedatangan tuan puan akan menambahkan lagi bilangan ahli keluarga MSCL (Malaysian Students and Community of Leeds). Ini akan menjadikan tempoh masa kita di sini lebih ceria dengan pengalaman yang indah lagi bermakna.
Umum
Terdapat 2 buah universiti utama di Leeds iaitu University of Leeds dan Leeds Metropolitan University.
Selain itu terdapat beberapa buah institusi pengajian bertaraf kolej.
Masyarakat Muslim di bumi Leeds ini berasal dari pelbagai negara. Di antaranya adalah dari Pakistan, India, Arab, Iraq, Malaysia, Indonesia, Brunei dan Bangladesh. Oleh yang demikian makanan halal mudah diperolehi di Leeds. Selain itu, rempah ratus dan sayuran segar (iklim sederhana & tropika) juga mudah diperolehi.
DEFINISI WARGA BARU LEEDS
Warga Baru didefinisikan sebagai keluarga yang datang dan akan menetap di Leeds bagi tujuan belajar dan bukannya sebagai pelawat.
PENGANGKUTAN DARI LAPANGAN TEBANG
Warga baru digalakkan turun di Lapangan Terbang Leeds-Bradford (kurang lebih 7 batu) atau di Lapangan Terbang Manchester (50 batu) kerana jaraknya agak dekat dengan Leeds. Pihak MSCL akan membantu anda mendapatkan van sewa (11 tempat duduk) dari lapangan terbang ke Leeds dengan kadar yang telah ditetapkan oleh syarikat berkenaan.
- Heathrow Airport, London - £150
- Manchester Airport - £80
- Leeds/Bradford Airport - £30.
Bayaran ini hendaklah dibayar kepada pemandu syarikat berkenaan sebaik sahaja sampai di rumah penginapan/host famili.
Bagi individu solo, anda bolehlah menggunakan Bas National Express (bas) atau Keretapi dari Airport Heathrow, London dan Manchester Airport. Tiket boleh ditempah secara ONLINE dari Malaysia lagi.
Member Login
Waktu Solat Leeds
-
Daily Prayer Time for 06/09/2010
Fajr: Start: 05:08 Jamaat: 05:30
Shuruq: 06:23
Dhuhr: Start: 13:05 Jamaat: 13:30
Asr: Start: 16:42 Jamaat: 17:30
Maghrib: Start: 19:45 Jamaat: 19:50
Isha: Start: 21:02 Jamaat: 21:30
Jummah: 1pm
Cuaca di Leeds
-
Monday: sunny intervals, Max Temp: 20°C (68°F), Min Temp: 13°C (55°F)
Max Temp: 20°C (68°F), Min Temp: 13°C (55°F), Wind Direction: ESE, Wind Speed: 20mph, Visibility: poor, Pressure: 1010mb, Humidity: 45%, UV risk: low, Pollution: low, Sunrise: 06:24BST, Sunset: 19:44BST



