1. Skip to Menu
  2. Skip to Content
  3. Skip to Footer>

Host Famili

PDF Print E-mail

Friday, 28 August 2009 23:48

Panduan ini adalah bagi menjaga kebajikan kita bersama. Pihak MSCL telah pun mengamalkan budaya host famili secara giliran sebaik sahaja ketibaan ahli baru kita bagi menempatkan mereka beserta ahli keluarga.

Host Famili anda akan cuba sedaya upaya untuk mencari penempatan bagi keluarga anda dalam kadar waktu yang terdekat, ini adalah untuk keselesaan keluarga anda dan juga keselesaan keluarga host famili anda dan kebiasaannya dalam masa 3 hari. Host anda juga akan membantu dalam menyenaraikan apa yang patut disediakan dan keperluan harian dari kedai-kedai yang berpatutan. Adalah diharapkan agar warga/keluarga yg baru sampai tidak terlalu memilih untuk mendapatkan rumah yang selesa dengan harga yang murah.

Bagi menjaga hubungan baik ini terus berkekalan dan penggiliran host famili ini tidak menjadi suatu bebanan, pihak MSCL telah menetapkan bayaran saguhati sebanyak £30 untuk kemudahan yang disediakan ini bagi disumbangkan kepada host famili sebagai tanda saguhati. Sumbangan dalam bentuk lain selain daripada bayaran saguhati ini adalah terserah kepada budi bicara anda sendiri. Bayaran saguhati ini akan dikutip oleh pihak Bendahari MSCL secepat mungkin dan akan menyerahkannya kepada host famili. Sekiranya host famili tidak menerima wang saguhati ini, maka secara automatik wang tersebut akan dimasukkan ke dalam tabung MSCL untuk tujuan-tujuan lain bagi kebaikan kita bersama.

Anda akan dimaklumkan nama host famili ini sebaik sahaja anda mengesahkan ketibaan anda di Leeds supaya perhubungan lebih awal dapat dijalinkan. Dinasihatkan agar anda menyediakan pakaian dan keperluan asas dalam beg berasingan bagi membolehkan anda menggunakannya semasa berada di rumah host famili. Lazimnya rumah di sini kebiasaannya kecil , bertingkat dan adalah menyukarkan untuk anda sentiasa mengangkat dan membuka beg besar untuk mengambil barang keperluan.

Perlu diingatkan bahawa hubungilah kami lebih awal sekurang-kurangnya seminggu sebelum tiba di Leeds bagi memudahkan pengaturan host famili dan mencari rumah sewa yang sepatutnya. Makluman tarikh terakhir penerbangan anda adalah amat digalakkan bagi membolehkan kami mengetahui status anda. Makluman secara tergesa-gesa akan menyukarkan MSCL kerana kami juga adalah pelajar...

 

Member Login

Waktu Solat Leeds

  • Daily Prayer Time for 06/09/2010


    Fajr: Start: 05:08 Jamaat: 05:30

    Shuruq: 06:23

    Dhuhr: Start: 13:05 Jamaat: 13:30

    Asr: Start: 16:42 Jamaat: 17:30

    Maghrib: Start: 19:45 Jamaat: 19:50

    Isha: Start: 21:02 Jamaat: 21:30

    Jummah: 1pm

Cuaca di Leeds