1. Skip to Menu
  2. Skip to Content
  3. Skip to Footer>

Perumahan

PDF Print E-mail

Friday, 28 August 2009 23:54

BeestonPihak MSCL akan membantu anda mendapatkan rumah pada kadar yang terbaik. Sila tetapkan hari anda akan tiba untuk menduduki rumah tersebut dan hubungi kami secepat mungkin bagi mengelakkan kelewatan mendapatkan rumah. Kami akan cuba mendapatkan rumah melalui maklumat dari universiti, penduduk tempatan, akhbar dan Landlord.

Tenancy Agreement
Mengikut proses terkini, permohonan visa memerlukan “tenancy agreement” dari Landlords. Justeru, pohon hubungi kami dalam tempoh masa yang berpatutan untuk kami menguruskan bagi mendapatkan rumah yang sesuai dan mendapatkan “tenancy agreement” tersebut (biasanya antara 1 - 2 minggu).

Untuk mengeluarkan “tenancy agreement”, pihak “Landlord” kebiasaannya akan mengenakan bayaran deposit 1 atau 2 bulan dan bayaran sewa rumah untuk bulan tersebut. Ini bermakna anda seolah-olah menyewa sebulan awal dari tarikh sebenar anda menginap di rumah berkenaan. Kami akan cuba berbincang dengan pihak “Landlord” atau pihak-pihak yang berkenaan untuk mula menyewa samada awal bulan (jika sampai pada pertengahan bulan tersebut) atau pertengahan bulan (jika anda sampai pada akhir bulan pada bulan tersebut).

Setelah menduduki rumah tersebut, anda hendaklah pastikan :

  • Menghubungi pihak MSD/Penaja bagi memaklumkan alamat terkini anda
  • Ambil bacaan meter gas dan elektrik dan menghubungi pihak pembekal contohnya British Gas, N Power dan sebagainya.
  • Mempunyai Lesen TV dimana ia boleh dibeli di pejabat pos. Jangan tak beli, nanti kena kompoun.
  • Untuk kemudahan internet / telefon dan siaran radio/tv anda perlu menghubungi pihak berkenaan seperti NTL/Virgin Media atau berlanggan dengan British Telecom (BT).Terdapat juga pihak lain yang menawarkan perkhidmatan seperti ini.

Maklumat Terkini
Kadar Rumah Sewa di Leeds berada disekitar £400-£550 sebulan (rumah 2-3 bilik tidur).

Kawasan Perumahan Utama Pelajar Leeds
Terdapat beberapa kawasan utama bagi pelajar-pelajar di Leeds.
Butiran kawasan tersebut adalah seperti berikut :

  • Holborn & Shay
  • Kirkstall
  • Harehills
  • Beeston
  • Worsley Terrace
  • Headingley
  • Persekitaran Leeds Grand Mosque
  • Persekitaran Universiti seperti St. Mark dan Clarendon

 

Member Login

Waktu Solat Leeds

  • Daily Prayer Time for 06/09/2010


    Fajr: Start: 05:08 Jamaat: 05:30

    Shuruq: 06:23

    Dhuhr: Start: 13:05 Jamaat: 13:30

    Asr: Start: 16:42 Jamaat: 17:30

    Maghrib: Start: 19:45 Jamaat: 19:50

    Isha: Start: 21:02 Jamaat: 21:30

    Jummah: 1pm

Cuaca di Leeds