1. Skip to Menu
  2. Skip to Content
  3. Skip to Footer>

Maklumat Tambahan

PDF Print E-mail

Saturday, 29 August 2009 00:06

Kamera & VideoCam
Filem dengan ASA 200 ke atas sesuai digunakan. Bawak banyak pun tak apa (bagi yang jenis fotogenik) sebab kalau nak compare harga di Malaysia ianya amat mahal di sini. Lagipun filem bukannya berat sangat. Kalau berkemampuan boleh beli VideoCam di Malaysia sebab harga ada murah sikit. Banyak nak ambil gambar pemandangan dan aktiviti di sini. Kalau ada digital kamera pun baik tapi pastikan stick/smart card mempunyai memori yang besar iaitu sekurang-kurangnya 128 Mb.

Peralatan Komputer
Laptop/Notebook lebih mahal di UK sebab di sini kena bayar VAT. Kalau ada berkeupayaan memasang sendiri komputer bolehlah bawa beberapa part yang penting. Tapi kalau tak mahu pening kepala beli sajalah di sini. Perisian komputer, susah dan mahal. Semua original jangan harap nak dapatkan yang pirate.

Gigi Palsu dan Cermin Mata
Gigi palsu dan cermin mata, memadailah yang ada, usah beli spare sebab disini boleh dapat percuma setelah mendaftar dengan NHS (National Health Service). Gunakanlah kemudahan yang disediakan di sini sepenuhnya.

Penjagaan Anak
Setakat ini tidak ada orang Melayu yang menyediakan khidmat penjagaan anak. Sama ada bawa pembantu rumah atau hantar private nursery. Private nursery dalam £25 untuk satu hari.
Nak bawa pembantu rumah kena mohon visa, kalau pembantu warga asing syaratnya pembantu tersebut telah pun digaji paling kurang setahun.

Susu Anak
Susu tepung sementara tapi kena beli di Farmasi atau pasaraya yang berhampiran. Kalau boleh anak kena sesuaikan dengan susu segar/susu cair. Nestum cerelac dan sejenisnya ada di sini tapi boleh bawa jika mahu. Tapi kalau nak duduk lama di sini eloklah belajar makan bena-benda yang mudah diperolehi di sini. Milo pun ada tapi rasa dia lain dari Milo Malaysia. Sebagai ganti boleh guna serbuk chocolate, rasanya lebih kurang.

‘Nappy’ Anak dan Tuala Wanita
Di sini murah, kalau nak bawak just stok seminggu dua kira oklah sebelum dapat cari kedai yang offer harga termurah.

Telefon
service provider O2, orange dll

 

Member Login

Waktu Solat Leeds

  • Daily Prayer Time for 06/09/2010


    Fajr: Start: 05:08 Jamaat: 05:30

    Shuruq: 06:23

    Dhuhr: Start: 13:05 Jamaat: 13:30

    Asr: Start: 16:42 Jamaat: 17:30

    Maghrib: Start: 19:45 Jamaat: 19:50

    Isha: Start: 21:02 Jamaat: 21:30

    Jummah: 1pm

Cuaca di Leeds